Sunday, October 7, 2012

Selamat Datang ke Laman Web AZMIDA TRAINING CENTRE

LAYARI WEBSITE KAMI-www.azmidatrainingcentre.com.my
PUSAT BERTAULIAH AZMIDA TRAINING CENTRE adalah sebuah anak syarikat ADAWIYAH GLOBAL VENTURES (1017656-K) yang merupakan Syarikat Bumiputra, ditubuhkan pada  Jun 2011 dan telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia sebagai Pusat Bertauliah JPK pada tahun yang sama. Pusat Bertauliah Azmida Training Centre (L02238) sering mengadakan Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (PPKM) dan Kursus Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3) serta kursus-kursus jangka pendek. Azmida Training Centre juga telah mendapat pentauliahan dari JPK untuk program Juruteknik Elektrik (EE-320 -2 & 3), Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (IT-080-2,3) dan Eksekutif Sistem Maklumat (D-060-4).Kursus boiler maintanent ( tahap 1, tahap 2, dan tahap 3)

Pusat Bertauliah ini juga menawarkan perkhidmatan perunding untuk pembangunan Bahan Pembelajaran (WIM) dan Pusat Bertauliah JPK. Selain daripada kursus-kursus yang telah dinyatakan, Pusat Bertauliah ini juga menawarkan khidmat perunding Motivasi, Coaching and Mentoring, Kaunseling, Audit, Keselamatan dan Pengurusan.

Sejak penubuhannya, Pusat Bertauliah ini telah melahirkan ramai personel berkualiti, kompeten dan berketerampilan. Adalah menjadi harapan Pusat Bertauliah ini menjadi sebuah Pusat Latihan yang berdaya saing dan maju seiring dengan kehendak pasaran semasa.



"Orang bijak adalah orang yang selalu belajar dari 

kegagalannya sedangkan orang yang bodoh adalah orang 

yang selalu menutupi kegagalannya."





kaunter hadapan



bilik komputer



bilik kuliah

3 comments:

  1. bagaimana untuk menghadiri kursus pentauliahan jpk di sinikursus pp-ppb berapa bayaran

    ReplyDelete
  2. Salam, sy tertarik ingin bertanya soalan ringkas sahaja, bolehkah sy menghantar resume untuk memohon sebarang pekerjaan di syarikat tuan. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. bagaimana nak daftarkan nama sebagai pakar industri

    ReplyDelete