VTO (PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL) JPK-JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN-


"Jangan sesali apa yang telah terjadi kemarin, tapi 

jika kamu tak mampu menjadi lebih baik hari ini,

 kamu patut menyesali"


KURSUS PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (VTO) I-031-3




  • Kelas bermula pada Mac 2016 Pendaftaran masih dibuka, daftar segera.....
  • Kaedah descum akan dipraktikkan.
  • Tenaga pengajar kami berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang latihan
  • Untuk menjadi tenaga pengajar di pusat latihan yang berteraskan kemahiran perlu mengikuti kursus Pegawai Latihan Vokasional.
  • Individu yang berkursus di pusat latihan ditekankan dari aspek teori dan praktikal.
  • Yuran kursus:RM 3000.00

PENDAFTARAN BERMULA SEKARANG.....
DAFTAR SEGERA 


MODUL LATIHAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (VTO) I-031-3

  •  Modul 1 : Introduction to Teaching & Learning.
Kandungan Modul ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu ada oleh setiap pengajar dalam memenuhi keperluan sebagai Fasilitator, Jurulatih,  dan Penyelia. Selain itu juga peserta diberi pengetahuan dan pendedahan mengenai  keperluan yang boleh digunakan untuk memberi bimbingan secara berterusan kepada pelatih seperti keperluan Motivasi, Mentor & Mentee dan Kaunseling pelatih.
  •  Modul 2 : Training Safety & Security Administration.
Kandungan Modul ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Pengurusan, Prosedur dan peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) yang perlu diaplikasi. Peserta juga akan didedahkan mengenai Hazard dan pencegahan yang perlu dilaksanakan di persekitaran tempat kerja serta bagaimana proses penyediaan dokumentasi tuntutan kemalangan dilaksanakan.
  • Modul 3 : Implementation Of Competency Based Training (CBT).
Kandungan modul ini akan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta mengenai keperluan Perancangan, Pengurusan, Pembangunan, Penilaian dan Pelaksanaan Latihan Berasaskan Ketrampilan (LBK) serta bagaimana keseluruhan keperluan tersebut diaplikasikan.
  • Modul 4 : Designing Programme.
Kandungan Modul ini memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta, mengenai bagaimana melaksanakan analisa pekerjaan dan tugasan yang terdapat di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau pun NOSS. Peserta juga akan diberi pendedahan membangunkan Course of Study (COS) mengikut kemahiran yang dimiliki serta menyediakan Jadual Latihan berasaskan kemahiran tersebut.
  • Modul 5 : Development Teaching & Learning Resources.
Kandungan Modul ini memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta, mengenai pembangunan sumber pembelajaran dan pengajaran. Peserta juga akan diberi pendedahan bagaimana membangunkan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) seperti Kertas Penerangan, Kertas Tugasan, Kertas Kerja, Pelan Mengajar dan Alat Bantuan Mengajar (ABM) yang perlu disediakan sebelum memulakan sesuatu sesi Pembelajaran & Pengajaran. 
  • Modul 6 : Organising Assessment.
Kandungan Modul ini memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta, mengenai bagaimana perancangan dilaksanakan untuk sesi penilaian kepada calon. Peserta juga akan diberi pendedahan bagaimana menyediakan Penilaian Pengetahuan & Prestasi dan seterusnya melaksanakan penilaian tersebut mengikut peraturan penilaian yang telah ditetapkan.
  • Modul 7 : Orgainising Training Facilities.
Kandungan Modul ini memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta, mengenai bagaimana menguruskan perolehan / pembelian sesuatu kemudahan atau peralatan latihan dan seterusnya melaksanakan Penerimaan, Penyimpanan, Penyelenggaraan serta membuat Pengeluaran ke atas kemudahan latihan tersebut.
  • Modul 8 : Validating Assessment.
Kandungan Modul ini memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta, mengenai bagaimana Gred Keputusan Penilaian ditetapkan, hasil daripada Keputusan Penilaian Teori dan Prestasi yang dilaksanakan. Selain itu juga peserta akan diberi pendedahan bagaimana menganalisa sesuatu Keputusan Penilaian dan seterusnya menyediakan laporan bagi tujuan peningkatan dan penambahbaikan kualiti pembelajaran.
  • Modul 9 : Teaching Techniques.
Kandungan Modul ini adalah kesinambungan pembelajaran yang mempunyai kaitan dengan modul 5 di mana proses penyediaan Pelan Mengajar dan Alat Bantuan Mengajar (ABM) diadakan. Peserta juga akan diberi penerangan dan pendedahan apakah persiapaan yang perlu disediakan sebelum sesuatu sesi persembahan pengajaran dan seterusnya mengaplikasikan persembahan pengajaran tersebut.
  • Modul 10 : Implementing Co-Curiculum Activities.
Kandungan Modul ini mendedahkan kepada peserta mengenai Aktiviti Ko-Kurikulum yang dilaksanakan di dalam Organisasi / Pusat Bertauliah seperti persatuan, kelab dan pasukan beruniform. Penekanan yang akan didedahkan kepada peserta, adalah bagaimana  aktiviti kerja secara berkumpulan dan individu diaplikasi dan dapat membina jati diri yang cemerlang.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kusus tersebut 
sila hubungi :

AZMIDA TRAINING CENTRE

KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG
MANAKAN DAPAT SAGUNYA.


AKAL YANG BIJAK BERMULA DARIPADA PENGAJARAN YANG SEMPURNA